Carian Kursus

[ SZA0038 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 3/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan rujukan terkini Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/2025, Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan  dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berdasarkan PKPA 1/2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa; dan
  3. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
Syarat Tambahan

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

2. Etika Berpakaian
Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.

3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.

4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

5. Maklumat Kesihatan
Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.

6. Maklumat Pemakanan
Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.

7. Kewajipan Kehadiran
Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.

8. Senaman Pagi
Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap...

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia Madani
: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perkhidmatan Kaunter dan Telefon Berkualiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hubungan Interpersonal
Hari Ke-2 | 05/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Imej Sebagai Petugas Barisan Hadapan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 'Mystery Shopping'
Hari Ke-3 | 06/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LDK 'Mystery Shopping' - Penyediaan Persembahan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Persembahan Kumpulan / Rumusan / Penilaian Kursus / Bersurai