Carian Kursus

[ DDA0007 ] Kursus Infografik Pertanian [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan kursus Infografik Pertanian pada 21-23 Jun 2022. Kursus ini merupakan kursus kategori kursus umum bagi modul pertanian/pengurusan/dll dan sub-bidang ________ yang terbuka kepada warga jabatan pertanian khususnya pada pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan tugasan bekaitan ICT dan Teknologi Maklumat. Modul kursus ini telah disediakan oleh Unit Komuniksi Koprat, Jabatan Pertanian Malaysia.

Kursus ini berkaitan inforafik yang merupakan bentuk visual yang memaparkan maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik, dan foto. Isi kandungan dalam infografik dipaparkan dengan teliti menggunakan prinsip rekabentuk berarahan (instructional design principles) dengan mengambilkira warna, jumlah maklumat, dan susunatur. Infografik mempunyai maklumat yang lebih banyak dari poster.

 

Objektif Kursus
  1. Peserta dapat memahami ciri-ciri infografik yang terbaik dalam penyampaian maklumat
  2. Peserta memperolehi kemahiran menggunakan powerpoint untuk menghasilkan bahan pembentangan dengan kemahiran yang lebih tinggi di powerpoint
  3. Peserta akan lebih yakin untuk menggunakan powerpoint dengan fungsi-fungsi yang lebih tinggi di dalam powerpoint.
  4. Peserta menggunakan aplikasi percuma seperti Canva.com dan smartdraw.com di dalam penyediaan infografik yang menarik dengan mudah dan berkesan.
Syarat Tambahan

1. Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.

2. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap

      i.3 dos bagi CoronaVac (Sinovac)  dan Covilo (Sinopharm).

      ii.2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).

      iii.1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).

**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan.

3. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah).

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENCERITAAN DALAM POWERPOINT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MENGENALI ASAS POWERPOINT
Hari Ke-2 | 22/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGGUNAAN GRAFIK OUTSOURCES
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGHASILAN PERSEMBAHAN INFOGRAFIK MENARIK