Dalam dunia penyiaran dan komunikasi moden, penggunaan teknologi mudah alih telah mengubah cara berita dan maklumat disampaikan. Mobile Journalism (MoJo) ialah pendekatan kewartawanan yang menggunakan peranti mudah alih khususnya telefon pintar sebagai alat utama dalam penghasilan kandungan berita. Pendekatan ini menjadikan proses pelaporan lebih pantas, fleksibel dan kos efektif. Kursus ini bertujuan memberi kemahiran praktikal kepada peserta dalam merakam, menyunting dan menerbitkan berita menggunakan peralatan mudah alih. Dengan latihan teori dan amali sepanjang satu hari, peserta akan dapat menguasai asas MoJo serta mampu menghasilkan kandungan multimedia secara profesional untuk pelbagai platform digital.
Kursus ini dibuka kepada penjawat awam dari pelbagai jabatan dan orang awam.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Modul 1: Pengenalan kepada Mobile Journalism | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Modul 2: Peralatan & Aplikasi Asas MoJo | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Modul 3: Teknik Rakaman Video & Audio |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Modul 4: Penulisan Skrip untuk Kandungan Video | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Modul 5: Asas Penyuntingan Video di Telefon | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan Praktikal: Sunting Video MoJo |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Modul 6: Etika & Keselamatan dalam Kewartawanan Digital | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Modul 7: Platform Siaran & Pemasaran Kandungan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Presentasi dan penyampaian Sijil |