Carian Kursus

[ KEA0006 ] Kursus Integriti Dan Tadbir Urus Terbaik Dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Menerangkan mengenai isu-isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan meningkatkan kesedaran para penjawat awam terhadap kepentingan mempunyai tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam Perkhidmatan Awam. Di samping itu, kursus ini bakal berkongsi mengenai punca-punca berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan awam yang berkuatkuasa serta kesan-kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kriteria pegawai yang mengamalkan akauntabiliti ketika mengurus kewangan.
  2. Membuat perbandingan pengetahuan mahupun kemahiran ketika menangani permasalahan berkaitan integriti kewangan.
  3. Mengenal pasti kepimpinan yang mengamalkan tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam mengurus kewangan.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus Integriti Dan Tadbir Urus Terbaik Dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan Siri 1/2023 ini akan diadakan secara dalam talian.

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang program;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/03/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etika Kerja Perkhidmatan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Laporan Ketua Audit Negara: Audit Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Laporan Ketua Audit Negara: Audit Prestasi
Hari Ke-2 | 28/03/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kerana Rasuah, Hidup Bencana
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tindakan Tatatertib bagi Kes Pengurusan Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rasuah dan Salah Guna Kuasa oleh Penjawat Awam