Carian Kursus

[ EAA0045 ] KURSUS APLIKASI TEKNOLOGI LEPAS TUAI (PEMAKANAN TERNAKAN) - UPSKILLING GS [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini menekankan konsep dan kepentingan aplikasi lepas tuai pemakanan ternakan terutamanya sumber bahan hijauan. Penerangan berkaitan kepentingan, kaedah pilihan dan juga teknologi terkini akan membantu penternak untuk mencerap idea, memahami konsep penyimpanan makanan yang cekap dan betul selepas penuaian dilakukan. Selain itu, pendedahan tentang teknologi terkini yang boleh serta mampu diaplikasikan dan juga teknologi pintar yang boleh membantu pengusaha dalam menguruskan tanaman dan mengurangkan risiko kerosakan lepas tuai terutamanya dalam penghasilan silaj dan hay.  Lawatan ke ladang pengusaha yang berjaya juga akan memberi peluang kepada penternak untuk berkongsi idea dan maklumat terkini perkembangan industri ternakan terutamanya dalam bidang pengurusan pemakanan ternakan. Akhirnya, penternak akan memperoleh idea bagi penghasilan produk makanan ternakan yang boleh dihasilkan selepas penuaian melalui kaedah-kaedah yang diperkenalkan.

Objektif Kursus
  1. Memahami asas pemakanan ternakan bagi kecekapan dalam pengurusan pemakanan ternakan
  2. Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam aplikasi teknologi lepas tuai termasuk kepentingan dan kaedah pilihan yang boleh dibuat selepas penuaian dijalankan (pembuatan pelet, penghasilan TMR, silaj & hay)
  3. Membina kemahiran yang diperlukan dalam membuat penilaian pemakanan lepas tuai bagi tambah nilai serta dapat membantu pengusaha menjana pendapatan hasil pengurusan lepas tuai
  4. Mencambah idea dalam perkongsian maklumat bersama pengusaha di ladang termasuk juga mengembangkan jaluran kerjasama
  5. Memperluaskan pengetahuan berkaitan teknik penghasilan silaj dan hay yang efisyen yang diaplikasikan oleh pihak agensi lain seperti ladang swasta
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Terbuka untuk penternak, bakal penternak dan usahawan ternakan warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Penginapan tidak disediakan sepanjang kursus dan tuan/puan boleh menginap di hotel-hotel sekitar Kluang dan Ayer Hitam.

Makan minum disediakan termasuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang sepanjang kursus dijalankan kecuali pada hari terakhir, minum petang tidak disediakan.

Bagi kawalaan biosekuriti semua kenderaan tuan/puan tidak bileh memasuki mana-mana kawasan IVM kecuali kawasan kelas teori (bilik tanjung) dan kawasan penyediaan makan minum (dataran himpun).

Tuan/puan perlu mematuhi etika berpakaian (sopan, kemas dan sesuai untuk aktiviti di ladang) sepanjang kursus.

Sekian terima kasih.

Modul/Topik
Hari Pertama | 09/09/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prinsip Pemakanan Ruminan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Aplikasi Teknologi Lepas Tuai (Tanaman Hijauan/ Foder)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Tanaman Foder Selepas Tuai
: Konservasi Foder Lepas Tuai
Hari Ke-2 | 10/09/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Aplikasi Teknologi Lepas Tuai – Penghasilan Silaj dan Aplikasi TMR (Total Mixed Ration)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Aplikasi Teknologi Lepas Tuai – Penghasilan Silaj dan Aplikasi TMR (Total Mixed Ration)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penghasilan Pelet sebagai Makanan Ternakan
: Penilaian Kualiti Pemakanan Produk Lepas Tuai
Hari Ke-3 | 11/09/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penghasilan Silaj Jagung Bijian Melalui Pendekatan Teknologi Terkini
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penghasilan Silaj Jagung Bijian Melalui Pendekatan Teknologi Terkini