Carian Kursus

[ SZA0017 ] Kursus RBTCS: Adobe Photoshop (Basic to Advanced) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Adobe Photoshop (Basic to Advanced) ini ditawarkan kepada mana-mana penjawat awam bermula dari peringkat asas hingga tinggi. Peserta akan berkemampuan untuk membuat suntingan pada gambar bagi menghasilkan gambar dan imej yang lebih menarik. Versi yang akan digunakan ialah Adobe Photoshop CC 2019. Kursus ini merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam program Role Based Training for Civil Servants (RBTCS) dan ia adalah percuma. Pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian.

Objektif Kursus
  1. Peserta akan dapat mempelajari dan menggunakan perisian Adobe Photoshop bermula dari peringkat asas sehingga sekurang-kurangnya peringkat pertengahan.
  2. Berupaya untuk mempelajari fungsi alatan (tools) yang terdapat dalam perisian Adobe Photoshop.
Syarat Tambahan

Peserta perlu mempunyai peralatan komputer yang sesuai sama ada komputer meja (desktop) atau komputer riba (laptop) yang berupaya untuk menjalankan perisian Adobe Photoshop. Mempunyai kemudahan kamera web (webcam) dan microphone adalah satu kelebihan. Peserta juga perlu mempunyai capaian Internet yang stabil bagi melancarkan proses pembelajaran. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/08/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Getting to Know the Work Area and Basic Photo Corrections
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Working with Selections
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Layer Basics and Quick Fixes
Hari Ke-2 | 03/08/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Masks and Channels
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Typographic Design
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Vector Drawing Techniques
Hari Ke-3 | 04/08/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Painting with the Mixer Brush
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Working with Camera and Editing Video
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Printing