Carian Kursus

[ SZA0009 ] Kursus Pengucapan Awam [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul berdasarkan elemen-elemen yang akan dikongsikan oleh penceramah. Kursus ini akan turut memberikan tips-tips mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan audien.

Objektif Kursus
  1. Untuk memberi panduan kepada peserta mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul.
  2. Untuk memberi panduan berkaitan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan orang awam.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara dalam talian.

Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan.

Para peserta diwajibkan untuk menyertai Group WhatsApp melalui pautan yang dikemukakan dalam Surat Tawaran Berkursus bagi memastikan kursus dapat berjalan dengan lancar.

Para peserta turut perlu memastikan peranti yang digunakan mempunyai kamera dan mikrofon bagi memastikan keterlibatan sepanjang kursus ini dikendalikan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/05/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat kursus
: Ice Breaking
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Kepada Pengucapan Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Elemen-elemen dalam Pengucapan Awam
Hari Ke-2 | 24/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Jenis-jenis Pengucapan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Mengurus Gementar / Gugup
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peta Perjalanan Pembentang
Hari Ke-3 | 25/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Pengucapan Awam (Prepared Speech)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal Pengucapan Awam (Prepared Speech)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Refleksi dan Penutupan Kursus