Carian Kursus

[ JDNAA0017 ] BENGKEL PENGUKUHAN PENGURUSAN DAN KOMPETENSI TREK PEMBANGUNAN SISTEM [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Pengukuhan Pengurusan dan Kompetensi Trek Pembangunan Sistem diadakan bagi memperkukuh keupayaan pegawai dalam aspek pembangunan sistem serta meningkatkan kompetensi teknikal yang diperlukan dalam pembangunan sistem digital kerajaan. 

Bengkel ini turut menjadi platform untuk menyelaraskan pemahaman, amalan terbaik dan hala tuju pembangunan sistem yang lebih berkesan, selaras dengan aspirasi transformasi digital sektor awam.

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi digital dan peningkatan keperluan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, pegawai dalam trek pembangunan sistem perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pengurusan mereka. 

Justeru, bengkel ini dianjurkan bagi memperkukuh kompetensi pegawai melalui perkongsian ilmu, perbincangan strategik dan pendedahan kepada amalan terbaik dalam pengurusan serta pembangunan sistem yang berkualiti, selamat dan berdaya saing.

Objektif Kursus
  1. Memperkukuh kompetensi pegawai dalam aspek pembangunan sistem, termasuk penggunaan metodologi, teknologi dan amalan terbaik terkini.
  2. Meningkatkan keupayaan pengurusan pegawai bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan sistem dapat dilaksanakan secara terancang, cekap dan berimpak tinggi.
  3. Menyelaras pemahaman dan hala tuju trek pembangunan sistem melalui perkongsian pengalaman, cabaran serta strategi penambahbaikan yang menyokong agenda pendigitalan sektor awam.
Syarat Tambahan

Ini ialah Bengkel dalaman untuk Pegawai dari Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara sahaja.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Digital Methods (One Team, One Mission)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: OutSystems (Low Code Dev Using AI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Maishince Academy (Using AI Tools for Coding & System Development)
Hari Ke-2 | 30/07/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Maishince Academy (Technology Trends in Modern Software Development)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: OrenG Academy (Keselamatan Aplikasi)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Maishince Academy (API and Modern System Integration Architecture)