Carian Kursus

[ KMB0002 ] KURSUS PERSEDIAAN PEMBANGUNAN PANEL PENILAI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus persediaan ini memberikan pendedahan dan penilaian kepada pegawai awam berkaitan kelayakkan dan tahap kompetensi yang diperlukan bagi menghadiri Kursus Panel Penilai Projek Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif pada tahun 2026. 

Kursus ini hanya terbuka kepada pegawai awam yang belum pernah menghadiri Kursus Panel Penilai HB KIK di INTAN.

Objektif Kursus
  1. Memberi penerangan kriteria-kriteria calon panel penilai HB KIK
  2. Melaksanakan penilaian tahap kompetensi peserta
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Pegawai awam perlu memenuhi kelayakkan dan kapasiti serta pengalaman yang ditetapkan bagi mempunyai kompetensi dari segi:

1.  Asas penjanaan idea

2. Pengetahuan Radas Pengurusan (Management Tools) dan Kaedah Pelaksanaan Projek

3. Asas Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui HB KIK

4. Pengetahuan Pengkomersialan Produk

5. Pengetahuan Perlindungan Harta Intelek

6. Berpengalaman luas dalam penglibatan dan penyediaan dokumen-dokumen dan produk-produk pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif; dan

7. Belum pernah menghadiri Kursus Pembangunan Panel Penilai HB KIK.

Modul/Topik
Hari Pertama | 03/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Pengenalan Diri dan Pemilihan serta Kompetensi Panel Penilai HB KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengalaman Melaksanakan Program Horizon Baharu KIK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengetahuan & Kemahiran Komponen Horizon Baharu KIK
Hari Ke-2 | 04/09/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latihan Amali: Kapasiti dan Kompetensi Horizon Baharu
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latihan Amali dan Sesi Pembentangan