Kursus ini diwujudkan khusus bagi menyebarluaskan Kerangka Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang digagaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Kursus ini juga akan meningkatkan kefahaman para penjawat awam di dalam merangka inisiatif baharu strategi reformasi berdasarkan kelima-lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR) untuk dilaksanakan di organisasi masing-masing dengan menggunakan pendekatan AI – Associated and Integrated. Kursus ini terbuka kepada 30 orang penjawat awam daripada pelbagai gred, skim dan agensi.
Peserta yang berjaya dikehendaki menjelaskan yuran kursus sebanyak RM30.00 menerusi kaedah pembayaran FPX sebelum hari berkursus dan memuatnaik maklum balas kehadiran bagi memastikan anda layak untuk mengikuti kursus dan seterusnya menerima sijil kehadiran pada akhir kursus (tertakluk kepada pencapaian rekod kehadiran kursus oleh peserta jua). Peserta yang gagal menyelesaikan yuran sebelum atau pada hari pertama kursus berisiko untuk tidak dibenarkan mengikuti kursus.
Untuk panduan pembayaran, sila ke pautan berikut: https://www.dtims.intan.my/Panduan.pdf
Sekian, harap maklum.
Urus setia Kursus ARPA
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengenalan kepada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | TKR 1: Penghayatan Nilai dan Tatakelola | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | TKR 2: Pembangunan Modal Insan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | TKR 3: Pembangunan Organisasi | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | TKR 4: Penyampaian Perkhidmatan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | TKR 5: Sinergi Awam dan Swasta |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Aktiviti Kumpulan | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembentangan Kumpulan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Refleksi dan Penilaian Kursus |