Carian Kursus

[ JDNFA0002 ] BENGKEL REFRESHMENT PENYELARASAN DASAR JABATAN DIGITAL NEGARA [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
  1. Dasar dan pekeliling memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih responsif, telus dan berpaksikan rakyat. Justeru, penyediaan dokumen dasar dan pekeliling yang seragam dan tersusun adalah penting bagi memastikan dokumen dasar di sesebuah organisasi mempunyai hala tuju yang jelas dan seterusnya mendukung ke arah transformasi pendigitalan negara. Punca kuasa untuk membangunkan suatu dasar dan pekeliling di Jabatan Digital Negara telah diperoleh melalui Mesyuarat Pengurusan Atasan JDN atau mana-mana platform yang dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi JDN sebelum diangkat ke Pengurusan Atasan Kementerian Digital untuk makluman atau kelulusan.
  2. Sehubungan dengan itu, Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) JDN mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Penyelarasan Dasar Pendigitalan (BDD), JDN (di mana fungsi Dasar dan Parlimen kini dilaksanakan di bawah Seksyen Penyelarasan Dasar Pendigitalan (SDP), BPKK, JDN) pada 13 Mac 2025 bertindak sebagai panduan untuk memastikan dokumen dasar JDN diselaraskan dengan matlamat nasional, mematuhi standard semasa serta sesuai dengan keperluan jabatan dalam landskap pendigitalan yang dinamik.
Objektif Kursus
  1. Penganjuran bengkel ini adalah susulan kepada Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) JDN mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara yang diedarkan kepada warga JDN pada 13 Mac 2025 dan pengurusan dokumen dasar semasa bagi mencapai objektif berikut: a) Memberikan penjelasan mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar JDN kepada warga JDN. b) Memberikan penjelasan mengenai Pengurusan Kertas Jemaah Menteri JDN kepada warga JDN. c) Mendapatkan maklumat penambahbaikan elemen pemantauan yang terdapat di dalam dokumen dasar dan pekeliling JDN dan kaedah pemantauan elemen tersebut. d) Refreshment tentang penyelarasan dasar JDN kepada Pegawai Tadbir Bahagian (PTB) sedia ada dan lantikan baharu Tahun 2026 termasuk semua pemilik dasar bahagian.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Pegawai Tadbir Bahagian dan wakil Jabatan Digital Negara sahaja. 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 20/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) Bilangan 1 Tahun 2025 – Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara
: Taklimat Permohonan Penyelarasan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Taklimat Hal Ehwal Parlimen Jabatan Digital Negara
: Taklimat Penggunaan Repositori Dasar Jabatan Digital Negara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat Pengurusan Kertas Jemaah Menteri Jabatan Digital Negara
: Taklimat Elemen Pemantauan Dasar
Hari Ke-2 | 21/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi Perkongsian Dapatan Soal Selidik Pemantauan Tahap Kesedaran dan Pematuhan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi Perkongsian Penggunaan Platform Penyediaan Soal Selidik Secara Dalam Talian
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan