Carian Kursus

[ UZA0041 ] Pengurusan Sistem Rekod Yang Efektif [ Siri 4/2024 ]

Sinopsis Kursus
  1. Pengurusan rekod yang sistematik membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal serta dicapai dengan cepat dan tepat. Rekod yang dikendalikan dengan betul di peringkat awal (pendaftaran dan penawanan) akan memudahkan Pejabat Awam menyampaikan perkhidmatan dengan tepat dan telus; dan

  2. Amalan tadbir urus yang baik atau good governance adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang. Salah satu elemen penting yang perlu diberi penekanan dalam tadbir urus yang baik adalah aktiviti pengurusan rekod. Pengurusan rekod merupakan teras kepada tadbir urus dalam sesebuah Pejabat Awam dan merupakan asas kepada kebolehpercayaan rakyat pada perkhidmatan awam.

Objektif Kursus
  1. Mendefinisikan dan menerangkan asas-asas pengurusan rekod awam dalam pelbagai bentuk yang patut diuruskan secara berkesan dan sistematik;
  2. Menjelaskan kaedah pelaksanaan sistem rekod yang berkesan selaras dengan Panduan Pengurusan Rekod Awam dan Panduan Pengurusan Pejabat melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007; dan
  3. Mematuhi peraturan dan prosedur pengendalian rekod dengan cekap dan teratur.
Syarat Tambahan
  1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada pegawai yang menguruskan rekod-rekod jabatan

  2.  Pemilihan peserta yang lain adalah berdasarkan justifikasi peserta memohon kursus ini.

  3.  Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut :

      (Bersemuka)

  • Memuat turun surat Tawaran Kursus dan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dimuat naik sebagai maklum balas kelulusan Ketua Jabatan dalam DTIMS.

  • Peratus kehadiran peserta mestilah tidak kurang 80% tanpa gagal bagi melayakkan menerima Sijil Kehadiran Kursus;

  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus; dan

  • Daftar kehadiran berkursus dalam Program Pembangunan Kompetensi HRMIS (bagi agensi yang berkaitan).

      (Secara Dalam Talian)

  • Pautan link kursus akan diberikan kepada peserta tiga (3) hari sebelum berkursus. 

  • Memuat turun surat Tawaran Kursus dan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dimuat naik sebagai maklum balas kelulusan Ketua Jabatan dalam DTIMS.

  • Peratus kehadiran peserta mestilah tidak kurang 80% tanpa gagal bagi melayakkan menerima Sijil Kehadiran Kursus;

  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;

  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;

  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian atau jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;

  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.00 pagi pada hari berkursus. 

  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;

  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah dan peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;

  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;

  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;

  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan; dan

  • Daftar kehadiran berkursus dalam Program Pembangunan Kompetensi HRMIS (bagi agensi yang berkaitan).

Modul/Topik
Hari Pertama | 18/11/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kuiz 10S10M & Integriti Pengurusan Rekod Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amalan dan Prosedur Registri
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pewujudan Rekod Awam (Urusan Surat Menyurat)
Hari Ke-2 | 19/11/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penggunaan dan Penyelenggaraan Rekod Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pelupusan Rekod Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kuiz Integriti Maklumat