Carian Kursus

[ DDA0054 ] Kursus Daftar Premis Aset (DPA) dan Daftar Aset Khusus (DAK) Blok Binaan Luar dan Ruang [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan Kursus Daftar Premis Aset(DPA) Dan Daftar Aset Khusus(DAK) Blok,Binaan Luar Dan Ruang pada 12-14 September 2023. Kursus ini merupakan kursus di bawah modul pengurusan. Modul kursus ini telah disediakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan yang akan berlangsung selama 3 hari.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkenaan Pengurusan Aset Tak Alih
  2. Menerangkan Kaedah bagi Pendaftaran DPA dan DAK Blok,Binaan Luar dan Ruang berdasarkan Pekeliling AM
  3. Memahami isi kandungan borang- borang yang terlibat di peringkat pendaftaran di dalam TPATA
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Pegawai Pertanian,Penolong Pegawai Pertanian,Kader di bawah Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.
Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap
3 dos bagi CoronaVac (Sinovac)  dan Covilo (Sinopharm).
2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).
1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).


**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan.

Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah)

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/09/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan(Bangunan) dan Tadbir Urus TPATA