Carian Kursus

[ FZA0011 ] Kursus Pertanian Digital (Smart Farming) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Merupakan program transformasi sektor pertanian menerusi aplikasi pertanian digital berteraskan teknologi 4IR seperti Internet Of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) dengan kolaborasi  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta jabatan/agensi di bawahnya. Program ini melibatkan komponen latihan pertanian digital berteraskan teknologi 4IR yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang penggunaan sistem fertigasi pintar kepada usahawan tani/pegawai kerajaan/orang awam bagi menarik minat lebih ramai pihak untuk menyertai sektor pertanian khususnya agromakanan.

Program ini ditawarkan secara PERCUMA dan sijil digital akan diberikan setelah modul pembelajaran dilengkapkan. Sijil digital ini juga boleh dijadikan salah satu dokumen sokongan dalam mendapatkan kemudahan pembiayaan pertanian di Agrobank.

Objektif Kursus
  1. memberikan pendedahan tentang penggunaan sistem fertigasi pintar kepada usahawan tani/pegawai kerajaan/orang awam bagi menarik minat lebih ramai pihak untuk menyertai sektor pertanian khususnya agromakanan
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam.
  • Peserta yang berjaya mestilah mempunyai peranti kamera video (webcam) dan mikrofon.

Maklumat Tambahan

  • Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Memastikan nama yang digunakan adalah nama sebenar peserta.
  • Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah.
  • Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on) mengikut kesesuaian, dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi. 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/03/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pesara dan Pertanian
: Taklimat Konsep Malaysia Madani
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Fertigasi Moden