Kursus Dron Pro 2.0 – Inspeksi Dan Inspirasi Visual ini akan dilaksanakan selama empat (4) hari iaitu pada 18 hingga 21 Ogos 2025, secara bersemuka di Futurise Centre, Cyberjaya.
Pelaksanaan kursus ini terbahagi kepada dua modul iaitu aplikasi praktikal fotografi dan videografi udara, dan asas pemeriksaan bangunan menggunakan dron termal, navigasi arah, pengendalian data RGB, termal dan tugasan berkumpulan.
1. Peserta haruslah memiliki kemahiran asas dalam pengendalian dron dan mempunyai Sijil Pengendalian Dron dari IPPTAR atau agensi kerajaan lain yang diiktiraf. Sila e-melkan salinan sijil tersebut kepada nurshahira@ipptar.gov.my atau zahara_ms@ipptar.gov.my
2. Peserta diwajibkan untuk membawa sendiri komputer riba yang dilengkapi dengan perisian ''Capcut'' atau ''Canva''.
3. Penginapan di asrama IPPTAR akan disediakan sepanjang kursus berlangsung kepada peserta yang berkhidmat di luar Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
4. Pengangkutan bas pergi dan balik dari IPPTAR ke Futurise Centre, Cyberjaya juga disediakan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 1 - ASAS TEKNOLOGI & PERATURAN DRON | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL 1 - ASAS TEKNOLOGI & PERATURAN DRON - Pengoperasian UAS - Prosedur Operasi Sebelum & Selepas Penerbangan - Langkah Kecemasan & Pencegahan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL 1 - ASAS TEKNOLOGI & PERATURAN DRON - Latihan Penerbangan Luar |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 2 - APLIKASI VISUAL & TEKNIKAL UAS - Penggunaan Kamera Untuk Foto & Video di Udara | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL 2 - APLIKASI VISUAL & TEKNIKAL UAS - Latihan Penerbangan Luar ( Fotografi & Videografi Udara) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL 2 - APLIKASI VISUAL & TEKNIKAL UAS - Raw Data Review (Pengenalan kepada RGB & Thermal) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 3 - MISI DRON & SUNTINGAN VIDEO - Penilaian Risiko Kumpulan & Perancangan Rakaman | |
: | MODUL 3 - MISI DRON & SUNTINGAN VIDEO - Latihan Pemeriksaan Bangunan (Thermal) | |
: | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | MODUL 3 - MISI DRON & SUNTINGAN VIDEO -Tutorial & Latihan Suntingan Video |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 4 - PEMBENTANGAN, ANALISIS DATA & LAPORAN - Analisis Data Thermal | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL 4 - PEMBENTANGAN, ANALISIS DATA & LAPORAN -Sistem Navigasi UAS, Latihan Penulisan Risiko (RGB & Thermal) & Penyelenggaraan Dron | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL 4 - PEMBENTANGAN, ANALISIS DATA & LAPORAN -Pembentangan & Perbincangan Projek |