Carian Kursus

[ TZA0012 ] Kursus Asas Perakaunan Akruan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan secara asas kepada penjawat awam mengenai proses perakaunan yang dilaksanakan berdasarkan konsep akruan.

Objektif Kursus
  1. Membezakan secara umum asas perakaunan dalam pengurusan kewangan entiti
  2. Mengenal pasti dan mengklasifikasi transaksi kewangan bagi tujuan pelaporan
  3. Mengenal pasti maklumat perakaunan yang berguna dalam proses pembuatan keputusan
Syarat Tambahan

Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 23/09/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran, Taklimat Kursus & Malaysia Madani
: Perakaunan dalam Pengurusan Kewangan Entiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perakaunan dalam Pengurusan Kewangan Entiti
Hari Ke-2 | 24/09/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalpastian dan Pengukuran Transaksi Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengelasan Transaksi Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perekodan Transaksi Kewangan
Hari Ke-3 | 25/09/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan dan Pelaporan Maklumat Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penggunaan Maklumat Perakaunan Dalam Pembuatan Keputusan