Carian Kursus

[ KRA0005 ] BENGKEL PENGGUNAAN KAJIAN KES SEBAGAI ALAT BANTUAN PENGAJARAN [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kajian kes merupakan satu kaedah atau pendekatan pembelajaran yang melatih peserta menggunakan pengalaman, kemahiran dan kreativiti dalam mengaplikasikan penyelesaian masalah kepada sesuatu isu yang dibangkitkan. Penggunaan kajian kes menggalakkan peserta terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran di samping memupuk pemikiran yang lebih terbuka, kritikal dan analitikal.

Dalam usaha membangun dan memantapkan kapasiti dan kemahiran para pegawai INTAN, mereka juga harus berupaya menyampaikan ilmu dan kemahiran dalam sesi pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan kajian kes. Ini adalah kerana kajian kes merangkumi pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan, keberkesanan organisasi, dan pembangunan sumber manusia. Melalui pendekatan kajian kes, pengetahuan dan pengalaman yang disampaikan dapat menggalakkan pemikiran inovatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan penggunaan kaedah kajian kes untuk pengajaran
  2. Mencungkil bakat tenaga pengajar INTAN yang berkarisma dan berkesan mengenai pelbagai isu yang menyumbang kepada pembangunan rakyat dan negara
  3. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi tenaga pengajar INTAN dalam menggunakan kajian kes sebagai alat bantuan pengajaran
Syarat Tambahan

Terbuka kepada tenaga pengajar INTAN gred 29 ke atas sahaja.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 05/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan
: Proses Pengajaran Menggunakan Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Keperluan Latihan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persiapan Pra Latihan
: Persiapan Semasa Latihan
Hari Ke-2 | 06/06/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Demo Pengajaran Menggunakan Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sesi Praktikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Praktikal
: Refleksi dan Penutup