Carian Kursus

[ UZA0020 ] Kursus Etika Kerja: Gamifikasi [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta secara langsung untuk menangani halangan dan cabaran ketika bekerja dengan mengaplikasi etika kerja yang baik. Selain itu, pembelajaran melalui gamifikasi mampu menarik titik fokus dan daya penumpuan peserta di dalam kelas. 

Aspek-aspek ini dapat menghasilkan dan memperlihatkan output yang mantap serta memberikan impak besar kepada individu dan organisasi secara khusus.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam;
  2. Menyenaraikan kepentingan etika kerja profesional ketika melaksanakan tugas sebagai penjawat awam; dan
  3. Mengaplikasi lapan (8) nilai Etos sebagai asas etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;

1.       Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) secara fizikal sama ada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat kerja/ pejabat masing-masing.

2.       Hendaklah log in kepada aplikasi Google Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3.       Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

4.       Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chatbox.

5.       Mengekalkan adab tatasusila semasa kursus secara dalam talian.

6.       Melakukan penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

PAUTAN GOOGLE MEET :  https://meet.google.com/rgp-sfsm-rik

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/11/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etika Kerja: Gamifikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Engage Governance
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kreativiti & Inovasi