Carian Kursus

[ CAA0073 ] KURSUS PENGGUNAAN TEKNOLOGI BIOFLOK DAN MAKANAN HIDUP (MOINA SP) DALAM INDUSTRI AKUAKUTUR (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada kepada pegawai Perikanan Negeri Kedah dan memberi ilmu pengetahuan kepada pegawai baru untuk digunakan sendiri dan menyampaikan atau memberi khidmat nasihat kepada kumpulan sasar dan pengusaha Akuakultur bagi menggunakan sistem bioflok dalam ternakan akuakultur.

Objektif Kursus
  1. Memahami dan mengenalpasti kaedah penternakan ikan air tawar menggunakan teknologi bioflok
  2. Mengaplikasikan penggunaan teknologi bioflok di kalangan peserta kursus dan dapat menyampaikan kepada kumpulan sasar atau pengusaha akuakultur.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kedah sebagai kefahaman dan mengenalpasti kaedah penternakan ikan air tawar menggunakan teknologi bioflok dan mengaplikasikan penggunaannya di kalangan peserta kursus supaya dapat menyampaikan kepada kumpulan sasar atau penternak.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/10/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN SISTEM AKUAKULTUR (TEORI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGENALAN MAKANAN HIDUP (MOINA sp) (TEORI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN PRINSIP TEKNOLOGI BIOFLOK DALAM AKUAKULTUR (TEORI)
Hari Ke-2 | 22/10/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYEDIAAN TANGKI BIOFLOK (PRAKTIKAL)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENYEDIAAN TANGKI MAKANAN HIDUP (MOINA sp)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TAKLIMAT PENILAIAN & PENUTUP