Carian Kursus

[ DDA0006 ] Kursus Penggunaan Racun Makhluk Perosak Secara Berhemah [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan Kursus Penggunaan Racun Makhluk Perosak Secara Berhemah pada 14 dan 15 Jun 2022. Kursus ini merupakan kursus umum bagi modul penguatkuasaan pertanian. Kursus ini terbuka kepada pegawai dan penolong pegawai pertanian Jabatan Pertanian. Modul kursus ini telah disediakan oleh Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja. Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan asas pengurusan dan penggunaan racun makhluk perosak bagi merealisasikan perkhidmatan teras  jabatan yang berorientasikan Amalan Pertanian Baik.

Objektif Kursus
  1. Memberi kefahaman dan pengetahuan asas pengurusan dan penggunaan racun makhluk perosak bagi merealisasikan perkhidmatan teras  jabatan yang berorientasikan Amalan Pertanian Baik.
Syarat Tambahan

SYARAT TAMBAHAN KURSUS

 

  1. Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.
  2. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap
  • 3 dos bagi CoronaVac (Sinovac)  dan Covilo (Sinopharm).
  • 2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).
  • 1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).

**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan.

 

3. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah).

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Racun Makhluk Perosak (RMP)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Memahami Asas Pelabelan Produk Racun Makhluk Perosak
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengendalian Racun Makhluk Perosak Secara Selamat
Hari Ke-2 | 15/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keberkesanan RMP serta Residu Racun Perosak Demi Keselamatan Makanan Pengguna
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pelupusan Bekas RMP & Keracunan Akibat RMP