Carian Kursus

[ KBA0031 ] Power Up Your English Series: Writing Winning Speeches [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka khas untuk membantu penjawat awam meningkatkan kemahiran menulis teks ucapan dalam bahasa Inggeris yang berkesan, berimpak tinggi dan sesuai dengan pelbagai situasi rasmi perkhidmatan awam. Penekanan diberikan kepada teknik penulisan ucapan yang tersusun, persuasif dan mudah difahami oleh khalayak sasaran.

Melalui gabungan teori dan latihan amali, peserta akan didedahkan kepada jenis-jenis ucapan, ciri-ciri penulis ucapan yang berkesan serta proses penulisan ucapan yang sistematik. Peserta juga akan mempelajari penggunaan tiga elemen utama dalam penulisan persuasif iaitu ethos, pathos dan logos bagi memastikan mesej ucapan dapat disampaikan dengan jelas dan meyakinkan.

Selain itu, kursus ini membimbing peserta dalam membangunkan kandungan ucapan melalui penyelidikan maklumat, penyusunan fakta yang bermakna, serta penggunaan gaya bahasa, unsur stilistik, isi bersesuaian bagi pengenalan dan penutup yang berkesan agar ucapan dapat menarik perhatian pendengar. Kursus ini amat sesuai untuk pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan teks ucapan bagi ketua jabatan atau pegawai kanan, serta mereka yang ingin meningkatkan kualiti penulisan ucapan dalam konteks profesional dan rasmi. Kumpulan sasaran kursus ini ialah gred 41-54 (SSM) atau gred 9-15 (SSPA)

Objektif Kursus
  1. Mempelajari dan mengaplikasikan teknik penulisan ucapan yang berkesan bagi menghasilkan teks ucapan yang berkualiti tinggi serta tersusun termasuk pengenalan dan penutup yang berkesan.
    Learn techniques to write speeches and develop well-structured speech content, including powerful introductions and effective conclusions, to sustain and win audience attention.
  2. Menggunakan tiga elemen utama penulisan persuasif iaitu ethos, pathos dan logos untuk menyampaikan mesej dengan yakin dan berimpak.
    Use the three key appeals of persuasive writing: ethos, pathos and logos to deliver messages convincingly with impact.
  3. Mengaplikasikan unsur gaya bahasa stilistik yang sesuai bagi menjadikan ucapan lebih menarik dan berkesan.
    Apply appropriate stylistic devices and language techniques to make speeches more engaging, effective and memorable.
Modul/Topik
Hari Pertama | 01/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Qualities of a Speechwriter and Dynamics of Speechwriting
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rhetoric in Writing: Using the Three Appeals and Developing Your Content
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Writing for the Ear: Use of Stylistic Devices
Hari Ke-2 | 02/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Developing and Analysing Introductions and Conclusions
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Writing Different Sections of a Speech (Sample Paragraphs)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Presentation and Feedback