Carian Kursus

[ IEB0052 ] KURSUS PENSIJILAN "TRAIN THE TRAINER" [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Train The Trainer merupakan program latihan fungsional berimpak tinggi yang bertujuan memperkasakan modal insan serta meningkatkan kompetensi penjawat awam di bawah Kementerian Komunikasi. Pelaksanaan program ini dapat menyokong pembangunan kepakaran dalaman dan memperkukuh keupayaan pegawai dalam menyampaikan latihan secara berkesan. Pembangunan modal insan secara berterusan merupakan aspek yang kritikal dan menjadi suatu keperluan strategik dalam memastikan organisasi sentiasa kompetitif, berdaya saing serta mampu mencapai kecemerlangan secara berterusan.

Objektif Kursus
  1. Memberikan pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan prinsip serta penyampaian latihan yang berkesan.
  2. Memberikan pendedahan kepada peserta mengenal prinsip pembelajaran orang dewasa(adult learning) dan aplikasinya dalam pelaksanaan latihan.
  3. Meningkatkan kemahiran peserta dalam merancang, menyediakan dan melaksanakan sesuatu sesi latihan secara sistematik.
  4. Memperkukuh kemahiran peserta dalam aspek komunikasi , penyampaian, fasilitasi dan pengendalian peserta latihan.
  5. Memberikan pendedahan kepada kaedah membangunkan aktiviti pembelajaran dan menilai keberkesanan sesuatu sesi latihan.
  6. Memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh Pensijilan " Train The Trainer" (TTT) HRD Corp, tertakluk kepada keperluan dan penilaian yang ditetapkan.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada penjawat awam di bawah Kementerian Komunikasi yang berkaitan:

a) kepakaran dan berpengalaman dalam bidang tertentu

b) berpengalaman menyampaikan taklimat atau perkongsian ilmu

c) potensi untuk menjadi jurulatih/fasilitator

d) kesesuaian dengan bidang latihan yang dilaksanakan oleh IPPTAR

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/11/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 1: Plan Adult Learning identifying participant’s learning objectives recognizing participant’s learning styles identifying trainer’s training styles determining adult learning approaches activity 1a - learning styles inventory activity 1b - training skills styles
Hari Ke-2 | 03/11/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 2: Conduct Training Needs Analysis determining scope of training needs analysis (TNA) establishing data gathering methods performing gap analysis for deficiencies reporting findings methodically activity 2a - applying a case study activity 2b - preparing TNA reports
Hari Ke-3 | 04/11/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 3: Design Competency-Based Training preparing training contents selecting training methods identifying training resources developing session plan activity 3a - applying Bloom’s Taxonomy activity 3b - customizing systematic design
Hari Ke-4 | 05/11/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 4: Conduct Competency-Based Training preparing training contents selecting training methods identifying training resources developing session plan activity 4 - presenting with confidence
Hari Ke-5 | 06/11/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 5: Assess Participant’s Competence crafting effective assessment preparing assessment tool creating appropriate checklist concluding with assessment report activity 5 - assessing training outcomes applying standardized rubrics