Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan.
Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.
Peserta akan menduduki peperiksaan bagi Modul 1 hingga 3 pada hari terakhir kursus. Manakala bagi Modul 4, peserta akan diberikan tugasan berkumpulan untuk dibentangkan dan akan dinilai oleh Panel.
Kursus ini dilaksanakan secara fizikal selama lima (5) hari bagi Modul 1 dan 2 dan 4 (hari) bagi Modul 3 dan 4.
PENGUMUMAN PENTING :
SILIBUS BAHARU KURSUS 3PAB DIJANGKA DILAKSANAKAN MULAI TAHUN 2025. OLEH ITU, PESERTA YANG MASIH BELUM MELENGKAPKAN KESEMUA MODUL HENDAKLAH BERBUAT DEMIKIAN PADA TAHUN 2024
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Konsep Malaysia Madani | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengurusan Nilai | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Simulasi Pengurusan Nilai |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Penyediaan Projek Brief | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengurusan Dokumen Tender | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Kontrak Kerja |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Kontrak Bekalan Dan Perkhidmatan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Penjadualan Projek |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kebenaran Merancang | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengurusan Kontrak daripada Perspektif Jabatan Peguam Negara | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pemilihan Kontraktor Menggunakan Multi Criteria Decision Making (MDM) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Perkhidmatan Perunding | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Peperiksaan |