Kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cara ia ditadbir urus dengan baik. Perkhidmatan awam yang merupakan jentera serta tulang belakang kepada pelaksanaan dasar-dasar negara perlu sentiasa disemak dan imbang kerana wujudnya kelompongan di sudut-sudut tertentu yang tidak menepati proses kerja yang tulus dan telus. Mengambil kira kepentingan dan keperluan semasa, Pusat Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek dan Governan (PDPG) menyediakan Kursus Masterclass on Civil Service Good Governance yang akan memberikan pendedahan kepada penjawat awam mengenai amalan tadbir urus terbaik.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Asrama hanya diberikan kepada yang berkhidmat luar daripada Wilayah Persekutuan/Putrajaya dan yang MEMOHON sahaja.
3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
4. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran & Ice Breaking | |
| : | Perspektif Global Dalam Tadbir Urus | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Konsep Asas Pendekatan Tadbir Urus & Elemen Tadbir Urus Terbaik | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Etika & Integriti Sektor Awam |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Kelestarian, Kesaksamaan dan Tadbir Urus | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penglibatan Pihak Berkepentingan dalam Tadbir Urus Sektor Awam APAD | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Tadbir Urus Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Rentas Fakta (Shopee) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Rentas Fakta (Shopee) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pencambahan Idea |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Cetus & Nilai | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Cetus & Nilai | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Rumusan & Refleksi |