Carian Kursus

[ KNA0013 ] Kursus Pengurusan Harta Intelek Dan Pengkomersialan [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengenalan Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan terbuka kepada penjawat awam yang ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan aspek perlindungan harta intelek dan proses pengkomersialan bagi produk fizikal mahpun perkhidmatan.  Pengisian kursus ini sangat bersesuaian dengan projek  Kumpulan Inovatif dan Kreatif mahupun mereka yang terlibat dengan pertandingan inovasi.  Peserta-peserta akan didedahkan dengan aspek teori dan amali berkaitan perlindungan harta intelek serta perkongsian dari pengamal / inventor tentang proses pengkomersialan yang telah di laksanakan.

Objektif Kursus
  1. 1. Memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai pengkomersialan dan perlindungan harta intelek hasil projek inovasi dan KIK selaras dengan Horizon Baharu KIK
  2. 2. Memberi kesedaran dan peluang untuk mengaplikasi konsep pengkomersialan dan perlindungan harta intelek dalam inisatif KIK
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ;

1.    Kursus akan dijalankan di lokasi ditetapkan secara bersemuka fizikal  melalui sesi ceramah dan aktiviti kumpulan (latihan amali).

2.    Kemudahan penginapan TIDAK DISEDIAKAN kepada peserta yang mengikuti kursus ini.

3.    Para peserta  dikehendaki membawa komputer riba untuk mengikuti latihan amali bagi slot kajian kes  dan carian data berkaitan harta intelek di website. 

4.     Peserta digalakkan berinteraksi dalam kelas bersemuka dengan mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran.

5     Menyediakan pakaian yang sesuai untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke pusat teknologi dan inkubator yang ditetapkan .

6.     Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus sekiranya memenuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya 100%.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Harta Intelek
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Paten Searching: Latihan Amali
Hari Ke-2 | 14/10/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Paten: Pendaftaran dan Proseduar
: Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan): Kajian Kes dan Aplikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Konsep Pengkomersialan
Hari Ke-3 | 15/10/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi 1: Perkongsian Pembangunan Sumber Manusia APEL-Q
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi 2: Perkongsian Dari Peringkat Penjanaan Idea ke Pengkomersialan dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 3: Perkongsian Dari Peringkat Penjanaan Idea ke Pengkomersialan oleh Jabatan Kerja Raya
Hari Ke-4 | 16/10/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Path to Commercialisation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Recall, Review and Reflect on IP And Commercialisation