Carian Kursus

[ FZA0011 ] Kursus Pertanian Digital (Smart Farming) [ Siri 3/2025 ]

Sinopsis Kursus

Merupakan program transformasi sektor pertanian menerusi aplikasi pertanian digital berteraskan teknologi 4IR seperti Internet Of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) dengan kolaborasi  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta jabatan/agensi di bawahnya. Program ini melibatkan komponen latihan pertanian digital berteraskan teknologi 4IR yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang penggunaan sistem fertigasi pintar kepada usahawan tani/pegawai kerajaan/orang awam bagi menarik minat lebih ramai pihak untuk menyertai sektor pertanian khususnya agromakanan.

Objektif Kursus
  1. memberikan pendedahan tentang penggunaan sistem fertigasi pintar kepada usahawan tani/pegawai kerajaan/orang awam bagi menarik minat lebih ramai pihak untuk menyertai sektor pertanian khususnya agromakanan
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini diutamakan kepada penjawat awam / bukan penjawat awam yang berminat dengan pertanian digital.
Modul/Topik
Hari Pertama | 29/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pesara dan Pertanian
: TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Fertigasi Moden
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Potensi Pertanian Sebagai Perniagaan
: Fokus Pertanian Alaf Baharu