Carian Kursus

[ WZA0019 ] Program Transformasi Minda [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Punca kuaca PTM adalah dari Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Modul/Topik
Hari Pertama | 15/07/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus
: Sistem Pentadbiran Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ujian Psikologi & Taklimat Psikologi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengenalan Kepada Pengucapan Awam)
Hari Ke-2 | 16/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Perkhidmatan Awam dan Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Peraturan Pegawai & Perintah-Perintah Am)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengucapan Awam (Latih Amal)
Hari Ke-3 | 17/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Imej & Ketrampilan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Integriti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pemikiran Kritis dan Inovatif)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengucapan Awam (Latih Amal)
Hari Ke-4 | 18/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Keselamatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Aduan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengurusan Pelanggan)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengurusan Majlis
Hari Ke-5 | 19/07/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kumpulan
: Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ujian Pemahaman
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan Majlis Penutupan Program
: Majlis Penutupan Program