Carian Kursus

[ WZA0027 ] Berfikir di Luar Kotak [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Program kursus ini menekankan kepada teknik-teknik berfikir tertentu untuk diaplikasikan dan melihatnya kesannya khususnya dalam kaedah penyelesaian masalah. Pendekatan yang akan dipelajari dalam program kursus ini akan membolehkan peserta kursus mengenalpasti situasi yang tepat & menggunakan formula yang betul bagi situasi tersebut.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep berfikir di luar kotak;
  2. Menerangkan konsep left brain dan right brain dalam kontek berfikir di luar kotak;
  3. Menerangkan teknik-teknik berfikir di luar kotak;
  4. Berupaya mengaplikasikan teknik-teknik berfikir di luar kotak melalui aktiviti dan tugasan yang diberikan secara berkesan; dan
  5. Mengaplikasikan pemikiran kritis dalam penyelesaian masalah.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1)  Terbuka kepada semua gred jawatan perkhidmatan awam, negeri dan berkanun.

2)  Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Menyertai group whatsapp sementara kursus bagi menyampaikan arahan/maklumat yang berkaitan (sekiranya perlu);
  • Peserta telah menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 ;
  • Peserta mestilah tiada simptom Penyakit Covid-19;
  • Peserta dimohon membuat ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum hadir berkursus, jika keputusan negatif boleh hadir dengan membawa keputusan berkenaan.  Dilarang hadir berkursus jika keputusan POSITIF;
  • Peserta diminta mengamalkan / mematuhi SOP yang ditetapkan  sepanjang berkursus;
  • Peserta diminta menyediakan RM30.00 tunai bagi tujuan pendaftaran kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan tuntutan di Jabatan masing-masing;
  • Peserta perlu memuat naik borang pengesahan kehadiran dalam sistem DTIMS sebelum hadir berkursus;
  • Peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus mengikut pekeliling etika berpakaian yang berkuatkuasa serta memakai tanda nama; dan
  • Peserta diminta membawa surat tawaran kursus semasa membuat pendaftaran.

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 23/08/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA BERFIKIR DI LUAR KOTAK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: RIGHT BRAIN & LEFT BRAIN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MENGAPLIKASI SYSTEM THINKING & CRITICAL THINKING
Hari Ke-2 | 24/08/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TEKNIK DALAM BERFIKIR DI LUAR KOTAK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TEKNIK DALAM BERFIKIR DI LUAR KOTAK ..SAMB..
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PROBLEM SOLVING CHALLENGE
Hari Ke-3 | 25/08/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: THINK BIG
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: FINAL DEBRIEFING