Carian Kursus

[ DDA0035 ] Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan pada 20 hingga 22 Jun 2023 secara DALAM TALIAN. Kursus ini merupakan kursus umum bagi modul pengurusan. Kursus ini terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian sahaja. Modul kursus ini telah disediakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta berkaitan dasar, kaedah dan tatacara pengurusan perolehan kerajaan
  2. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam pengurusan perolehan Kerajaan berpandukan peraturan yang berkuatkuasa
  3. Meningkatkan kefahaman dan kecekapan peserta bagi melaksankan pengurusan perolehan Kerajaan yang mematuhi legaliti, akauntabiliti dan integriti.
Syarat Tambahan

SYARAT TAMBAHAN KURSUS

 

  1. Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.
  2. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap
  • 3 dos bagi CoronaVac (Sinovac)  dan Covilo (Sinopharm).
  • 2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).
  • 1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).

**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan.

 

3. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah).

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Perolehan Kerja dan Penyediaan Inden Kerja
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelaksanaan Perolehan Kerja (secara amali)
Hari Ke-2 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Spesifikasi bagi Perolehan Kerja
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelaksanaan Perolehan Kerja (Secara Amali)
Hari Ke-3 | 22/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelaksanaan Perolehan Kerja (secara amali)