Carian Kursus

[ KFB0002 ] Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) Kerja [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan dan meningkatkan kefahaman proses pelaksanaan perolehan kerja yang teratur serta mengaplikasi pengetahuan serta amalan best practices yang dipelajari semasa kursus dalam urusan perolehan kerja. Selain itu, dapat melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan teknik yang relevan dalam menguruskan perolehan Kerajaan supaya memberikan pulangan terbaik untuk Kerajaan.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti maklumat penting mengenai dasar, peraturan dan prosedur perolehan kerja Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Membandingkan perbezaan di antara dasar, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa dalam mengurus perolehan kerja Kerajaan.
  3. Menerangkan kandungan intipati dasar, peraturan dan prosedur dalam pengurusan perolehan kerja Kerajaan.
Syarat Tambahan

Prasyarat utama penyertaan ialah Pegawai Perolehan gred 29 ke atas yang sedang atau pernah berkhidmat dalam pengurusan perolehan Kerajaan dan pernah menyertai Kursus Training of Trainers (TOT) yang berkaitan dengan perolehan Kerajaan yang diadakan oleh Kementerian masing-masing selain daripada Kursus TOT yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan serta kursus perolehan Kerajaan anjuran INTAN dan Institut Perakaunan Negara (IPN).

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/08/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Persediaan Ujian/ Pembentangan Kajian Kes/ Jurnal Pembelajaran
: Konsep Malaysia MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Perolehan: Requisition/Lantikan Terus/Sebut Harga
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Proses Tender Berdasarkan Kaedah Pelaksanaan Projek (Konvensional/ Reka dan Bina), Penyediaan Spesifikasi dan Skop Kerja, Pengenalan BQ dan Dokumen Tender & Latih Amal (RSP)
Hari Ke-2 | 20/08/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Anggaran Kos Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penilaian Perolehan Kerja – Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Perolehan Kerja – Teknikal (J-Nilai)
Hari Ke-3 | 21/08/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kajian Kes Penilaian
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pentadbiran Kontrak Kerja I (SST, DK, Bayaran)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pentadbiran Kontrak Kerja II (APK, EOT, WPS, NSC)
Hari Ke-4 | 22/08/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Projek Sakit/ Penamatan/ Tuntutan & CCP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Risiko Projek/ Pengurusan Nilai
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemantauan Projek & Sistem MyProjek
Hari Ke-5 | 23/08/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Isu-isu Dalam Perolehan Kerajaan Dari Perspektif Audit
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Introduction to Industrial Collaboration Programme (ICP)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Risiko Rasuah dan Integrity Pact
Hari Ke-6 | 26/08/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ujian Kefahaman
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persediaan Pembentangan Kajian Kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kajian Kes