Carian Kursus

[ SZA0059 ] Kursus Pengaturcaraan (Asas) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pembangunan sistem aplikasi berasaskan web dan mudah alih menggunakan asas bahasa pengaturcaraan dan framework aplikasi. Kursus kali ini akan menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan. Penganjuran kursus ini dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan peserta dalam memikul tanggungjawab menyampaikan sesuatu perkhidmatan dengan lebih berkesan, kompeten dan berwibawa.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta tentang asas penggunaan bahasa pengaturcaraan PHP dan framework Laravel dalam pembangunan sistem aplikasi.
  2. Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan asas-asas pengaturcaraan PHP dalam pembangunan sistem berasaskan web.
  3. Meningkatkan pengetahuan asas penggunaan framework Laravel/Flutter dalam pembangunan sistem berasaskan peranti mudah alih.
  4. Membentuk peserta yang lebih berkeyakinan dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam pembangunan sistem aplikasi di agensi masing-masing.
Syarat Tambahan
  1. Calon peserta ialah dari skim perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 dan ke atas.
  2. Komputer disediakan di makmal komputer namun peserta dibenarkan membawa dan menggunakan komputer riba sendiri.
  3. Kelas sesi petang akan berakhir jam 6.00 petang.
  4. Kelas sesi malam akan diadakan bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam.
  5. Peserta yang terpilih wajib membawa pakaian sukan untuk aktiviti riadah.
Modul/Topik
Hari Pertama | 29/01/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 1. Pengenalan kepada Kursus dan Pengaturcaraan PHP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 2. Pemasangan Perisian XAMPP dan Visual Studio Code
: 3. Mengkonfigurasi tetapan PHP melalui php.ini
: 4. Sintaks Asas PHP dan Fungsi Matematik
: 5. Variable $_GET dan $_POST
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 6. Struktur Kawalan IF dan Operator Logik
: 7. Pengulangan dengan Loops: For dan While
: 8. Menggunakan Switches
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: 9. Amalan Baik Konvensyen Penamaan dan Panduan Gaya Penulisan Kod
: 10. Latihan Individu #1
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: 11. Asas Array dan Associative Array
: 12. Latihan Individu #2
Hari Ke-2 | 30/01/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 13. Asas HTML: Borang dan Elemen Jadual
: 14. Pengenalan kepada CSS dan Selector
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 15. Integrasi PHP dengan HTML
: 16. Latihan Individu #3
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 17. Fungsi dan Fungsi String dalam PHP
: 18. Menggunakan Perintah Include() dalam PHP
: 19. Sanitasi dan Pengesahan Input
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: 20. Latihan Individu #4
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: 21. Pengenalan kepada Pangkalan Data MySQL
: 22. Pengenalan kepada PHPMyAdmin
: 23. Asas SQL: SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE
: 24. Latihan Individu #5
Hari Ke-3 | 31/01/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 25. Menghubungkan PHP dengan MySQL
: 26. Operasi CRUD dalam PHP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 27. Operasi CRUD dalam PHP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 28. Latihan Individu #6