Carian Kursus

[ KBA0026 ] Kursus Pembacaan Berkesan [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kuala Lumpur melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Namun, statistik menunjukkan Malaysia tak termasuk dalam senarai NOP World Culture Score Index atau lebih tepatnya budaya membaca di Malaysia tidak melebihi 3 jam seminggu. Secara puratanya rakyat Malaysia hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun.

Memandangkan statistik membaca di Malaysia ni berada di tahap yang membimbangkan, pada 13 Februari 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang tahun 2030.

Program DMK bertujuan untuk menyemarakkan literasi membaca dalam kalangan rakyat negara ini kerana menurut kajian profil membaca rakyat Malaysia yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2005, setiap rakyat Malaysia membaca purata dua naskhah buku setahun. Manakala kajian interim 2014 pula menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 naskhah buku setahun. Hal ini berbeza dengan rakyat negara maju yang membaca sebanyak 40 naskhah buku setahun.

Kerajaan menjadikan rentang masa 10 tahun, dari tahun 2021 hingga tahun 2030 sebagai DMK dan menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Sepanjang tiga tahun mulai tahun 2018 hingga 2020 adalah tempoh menggiatkan kempen DMK. Slogan dan tanda pagar #MALAYSIAMEMBACA dipilih dan akan dipopularkan sebagai aspirasi menjadikan Malaysia negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.

Dalam menyokong usaha penggiatan membaca dalam ranah perkhidmatan awam, kursus ini direka bagi mempersiapkan penjawat awam dengan kemahiran membaca berkesan bagi melahirkan penjawat awam yang berilmu dan berketerampilan melalui amalan membaca.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan tujuh radas membaca berkesan berdasarkan teknik ANIMATO
  2. Mengaplikasikan kaedah membaca berkesan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 07/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Kemahiran Membaca Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Memburu Silibus Berkesan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Protokol Pembacaan Berkesan
Hari Ke-2 | 08/02/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tujuh Radas Pembacaan Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Membina Tabiat Membaca Mampan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Transformasi Bacaan Kepada Tindakan