Carian Kursus

[ TZA0014 ] Kursus Sistem Pengurusan Stor [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan stor adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Objektif Kursus
  1. Memberi penjelasan mengenai sistem pengurusan stor secara efektif;
  2. Menerangkan kepentingan sistem pengurusan stor kepada transformasi perkhidmatan awam terkini; dan
  3. Meningkatkan amalan pengurusan stor yang terbaik melalui penambahbaikan sistem terkini.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.       Tidak berasal dari zon merah Covid-19. Jika rumah/ pejabat diisytiharkan zon merah, sila maklumkan lebih awal kepada urus setia untuk dibatalkan penyertaan kursus.

2.       Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.

3.       Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.

4.       Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.

5.       Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.

6.       Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia semasa taklimat kursus.

7.       Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           

8.       Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.

9.       Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuatkuasa semasa.

10.     Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 26/07/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan & Objektif Latihan SPS serta Modul Pentadbir Sistem, Pentadbir Stor, Ketua Jabatan dan Urus Setia Pelupusan & Kehilangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul Permohonan Stok, Penerimaan, Pembungkusan, Bekalan & Kawalan dan Penyimpanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul Pemeriksaan, Pelupusan & Hapuskira, Pelarasan, Laporan dan Pegawai Pemeriksaan & Pemverifikasi
Hari Ke-2 | 27/07/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal dan Kajian Kes (Modul Penerimaan Stok, Penerimaan dan Pembungkusan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latih Amal dan Kajian Kes (Modul Bekalan & Kawalan dan Penyimpanan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal dan Kajian Kes (Modul Bekalan & Kawalan dan Penyimpanan)