Carian Kursus

[ ISA0038 ] KREATIVITI & INOVASI DALAM MEMBINA KANDUNGAN MEDIA TAMIL [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam tentang bagaimana media strategik dapat membentuk masa depan kandungan Tamil. Ia menggabungkan teori, pendekatan praktikal, serta perbincangan mengenai teknologi dan trend terkini dalam industri media untuk membangunkan kandungan yang relevan dan berdaya saing. Peserta akan diajar untuk menganalisis pasaran media Tamil global, mengembangkan strategi pengurusan kandungan yang efektif, serta merancang inisiatif yang sesuai untuk memajukan kandungan Tamil di pelbagai platform media, termasuk digital, televisyen, dan filem.   Kursus ini dirancang untuk pengamal Media Tamil adalah susulan daripada arahan Menteri Komunikasi Yb Datuk Fahmi Fadzil.

Objektif Kursus
  1. Kursus ini amat bermanfaat untuk: i. Mengenal pasti cabaran dan peluang dalam industri kandungan Tamil. Memahami ekosistem media Tamil dan bagaimana ia berinteraksi dengan pasaran global serta tren digital. ii Menguasai strategi pengurusan kandungan. Peserta akan dilatih untuk merancang dan mengurus kandungan Tamil yang dapat menjangkau pelbagai audien, serta memastikan keberkesanannya dalam pasaran yang kompetitif. iii Menentukan kaedah pemasaran dan pengedaran kandungan. Menyusun strategi pemasaran yang sesuai untuk kandungan Tamil di pelbagai saluran media sosial dan media tradisional.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada semua pengamal media tamil. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Strategi Konten dan Perancangan Editorial
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Penulisan Kreatif
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Visual & Video — Reka Bentuk Kandungan Menarik
Hari Ke-2 | 15/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etika dan Tanggungjawab Kewartawanan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penulisan Berita Profesional
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik Penyampaian Secara Lisan
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aktiviti Berkumpulan