Carian Kursus

[ ISB0018 ] KOMUNIKASI NARATIF DAN STORYTELLING UNTUK AGENDA NASIONAL [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Komunikasi Naratif dan Storytelling untuk Agenda Nasional memberi pendedahan kepada peserta mengenai komunikasi strategik dan teknik storytelling dalam menyampaikan dasar, inisiatif serta agenda nasional secara jelas, kreatif dan berimpak. Peserta akan mempelajari teknik membina naratif, mesej utama dan penceritaan yang berkesan bagi menghasilkan komunikasi yang mudah difahami serta dekat dengan khalayak. Kursus ini dilaksanakan melalui sesi teori, kajian kes dan latihan amali bagi memperkukuh kemahiran komunikasi peserta.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman peserta mengenai konsep komunikasi strategik, komunikasi naratif dan storytelling dalam konteks penyampaian agenda serta dasar nasional.
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam membina naratif, mesej utama dan storytelling yang jelas, kreatif, berstruktur serta berorientasikan masyarakat.
  3. Memperkukuh keupayaan peserta menyampaikan isu, dasar dan inisiatif kerajaan melalui pendekatan penceritaan yang lebih menarik, mudah difahami dan mempunyai impak kepada khalayak.
  4. Meningkatkan keupayaan peserta mengadaptasi teknik storytelling dalam komunikasi organisasi bagi menyokong penyampaian agenda nasional secara lebih berkesan.
Syarat Tambahan

TERMA & SYARAT 

Kursus ini terbuka kepada pegawai yang terlibat dalam bidang komunikasi, penerangan, media, perhubungan awam, kandungan digital dan pengurusan media sosial.

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Status Permohonan

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

2. Etika Berpakaian

i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang  menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.

3. Permohonan Kursus

i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Pembayaran Yuran Kursus

i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun iPayment di pautan https://ipayment.anm.gov.my/
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian sahaja.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

5. Kewajipan Kehadiran

i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Pengenalan Kursus
: Modul 1: Komunikasi Awam & Landskap Semasa (Tertakluk kepada perubahan modul)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2: Membina Naratif & Mesej Berkesan (Tertakluk kepada perubahan modul)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3: Audiens, Persepsi & Kepercayaan (Tertakluk kepada perubahan modul)
Hari Ke-2 | 29/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 4: Asas dan Teknik Storytelling Berkesan (Tertakluk kepada perubahan modul)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 5: Membina Cerita dan Mesej yang Menarik (Tertakluk kepada perubahan modul)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 6: Storytelling dalam Komunikasi Digital (Tertakluk kepada perubahan modul)
: Modul 7: Penghasilan Kandungan Kreatif dan Berimpak (Tertakluk kepada perubahan modul)
Hari Ke-3 | 30/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 8: Pengurusan Naratif dan Komunikasi Isu (Tertakluk kepada perubahan modul)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 9: Komunikasi Krisis dan Penyampaian Mesej (Tertakluk kepada perubahan modul)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 10: Teknik Penyampaian dan Komunikasi Media (Tertakluk kepada perubahan modul)
: Simulasi: Komunikasi Agenda Nasional (Tertakluk kepada perubahan modul)