Carian Kursus

[ WZA0007 ] Pengukuhan Pasukan [ Siri 3/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengukuhan Pasukan merupakan kursus yang direka bentuk untuk:-

 

Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli pasukan apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan;

Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berpasukan apabila berada dalam keadaan yang sukar; dan

Menyediakan penjawat awam dengan kemahiran, keyakinan dan keupayaan daya saing serta memantapkan jati diri peserta agar lebih bersiap siaga dalam menghadapi tekanan dan dugaan dalam tugas serta tanggungjawab yang digalas.

Bagi pelaksanaan kursus pengukuhan pasukan, semua peserta yang terpilih untuk menyertai kursus ini adalah DIWAJIBKAN untuk menginap di asrama penginapan INTAN Kampus WIlayah Sarawak.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisas
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Permohonan untuk Siri 3/2025 ini terbuka kepada semua Gred SSM 11 (Gred SSPA 1) sehingga Gred SSM 48  (Gred SSPA 12).

Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, peserta wanita yang mengandung dan mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Para peserta turut digalakkan untuk mempunyai insuran bagi melindungi diri ketika menyertai program ini terutama ketika aktiviti Kembara yang akan dijalankan di luar Kampus.

Oleh kerana kursus ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, maka para peserta akan menggunakan pakaian sukan sepanjang masa. Sehubungan itu, mohon para peserta untuk menyediakan secukupnya pakaian sukan, kasut sukan dan keperluan ubat-ubatan peribadi.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 25/08/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TAKLIMAT KURSUS
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: BREAKING THE SILO
SESI 3 SESI 4 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: MEMBINA KUMPULAN DAN AKTIVITI KUMPULAN
Hari Ke-2 | 26/08/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KOLABORASI DAN KREATIVITI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KREATIVITI DAN INOVASI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: NILAI ETHOS DAN INTEGRITI
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: KOLABORASI KREATIVITI DAN KOMUNIKASI
Hari Ke-3 | 27/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AKTIVITI KEMBARA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AKTIVITI KEMBARA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AKTIVITI KEMBARA
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: PEYELESAIAN MASALAH DAN PERSAINGAN
Hari Ke-4 | 28/08/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYATUAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENYATUAN DAN RUMUSAN