Produk madu lebah kelulut semakin berkembang di Malaysia. Kebanyakkan petani berminat untuk menternak lebah kelulut sendiri, namun begitu kaedah penternakannya seringkali menjadi masalah kepada mereka. Dengan mengetahui cara yang lebih lanjut mengenai tatacara pengendalian lebah kelulut, masalah ini dapat diatasi dan secara tidak langsung turut meningkatkan sektor ekonomi di Malaysia. Selain daripada itu, penternakan lebah kelulut adalah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia, oleh kerana tiadanya agensi yang menawarkan kursus penternakan secara efektif. Namun begitu, MARDI berusaha untuk memajukan industry penternakan lebah kelulut oleh kerana khasiatnya yang lebih tinggi berbanding madu biasa. Selain daripada menggalakkan orang ramai menceburi bidang baru ini, ia juga merupakan serampang dua mata bagi menambah agen pendebunga di Malaysia yang semakin berkurangan.