Carian Kursus

[ KRB0001 ] BENGKEL PENULISAN KAJIAN KES PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Penulisan kajian kes merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan peserta menggunakan pengalaman, kemahiran dan kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penggunaan kajian kes menggalakkan peserta turut terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dengan kerjasama, bertukar-tukar pendapat dan saling berinteraksi. Kajian kes yang baik akan membantu proses pembelajaran menjadi lebih cekap dan berkesan.

Menghasilkan kajian kes yang baik dan bermutu memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kemahiran tentang teknik dan proses tertentu dalam penulisannya.

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan teknik dan proses penulisan kajian kes. Dengan pengalaman ini, peserta dapat menghasilkan sendiri kes yang bermutu untuk digunakan dalam program latihan di Institut/Jabatan masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Peserta akan dapat menguasai strategi penulisan sektor awam
Brosur/Dokumen
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: • Kajian Kes – Kaedah,Jenis,Kepentingan dan Justifikasi • Tatacara Penulisan Kajian Kes • Penulisan Draf • Penyuntingan • Dokumen Sokongan • Format Penulisan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • Faedah Kegunaan Kajian Kes dalam Program Latihan • Cabaran dan Solusi dalam Penulisan kajian kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • Makmal Penyediaan Kerangka Kajian Kes • Pembentangan Kerangka Kajian Kes
Hari Ke-2 | 23/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Panduan Contoh kajian-kajian kes dan Penyediaan panduan mengajar (teaching Guide)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Tambahan Panduan Mengajar Kajian Kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Soal Jawab Rumusan dan Penutup