Carian Kursus

[ JDNLA0001 ] BENGKEL PENYELARASAN DASAR JABATAN DIGITAL NEGARA [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus
  1. Dasar dan pekeliling memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih responsif, telus dan berpaksikan rakyat. Justeru, penyediaan dokumen dasar dan pekeliling yang seragam dan tersusun adalah penting bagi memastikan dokumen dasar di sesebuah organisasi mempunyai hala tuju yang jelas dan seterusnya mendukung ke arah transformasi pendigitalan negara. Punca kuasa untuk membangunkan suatu dasar dan pekeliling di Jabatan Digital Negara telah diperoleh melalui Mesyuarat Pengurusan Atasan JDN atau mana-mana platform yang dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi JDN sebelum diangkat ke Pengurusan Atasan Kementerian Digital untuk makluman atau kelulusan.
  2. Sehubungan dengan itu, Bahagian Penyelarasan Dasar Pendigitalan (BDD), JDN telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) JDN mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara yang bertindak sebagai panduan untuk memastikan dokumen dasar JDN diselaraskan dengan matlamat nasional, mematuhi standard semasa serta sesuai dengan keperluan jabatan dalam landskap pendigitalan yang dinamik.
Objektif Kursus
  1. Penganjuran bengkel ini adalah susulan kepada Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) JDN mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar Jabatan Digital Negara yang diedarkan kepada warga JDN pada 13 Mac 2025 bagi mencapai objektif berikut: a) Memberikan penjelasan mengenai Garis Panduan Penyediaan Dokumen Dasar JDN kepada warga JDN. b) Mengemaskini Respositori Dasar JDN. c) Mendapatkan maklumat elemen pemantauan yang terdapat di dalam dokumen dasar dan pekeliling JDN dan kaedah pemantauan elemen tersebut.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Pegawai Tadbir Bahagian dan wakil Jabatan Digital Negara sahaja.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 15/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Taklimat Permohonan Dasar kepada Bahagian Penyelarasan Dasar Pendigitalan (BDD)
: Taklimat Penggunaan Repositori Dasar JDN dan Maklumat Umum Parlimen
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat Elemen Pemantauan Dasar