Keupayaan mencipta pendapatan baru melalui platform telefon bimbit telah menjadi satu loncatan dalam dunia penyiaran masa kini. Bertitik tolak dari kunjungan YB Dato Menteri Komunikasi ke China pada 2024, maka kementerian telah bersetuju merealisasikan drama secara vertical atau lebih dikenali sebagai Micro Drama. Sehubungan itu Finas sebagai agensi dibawah kementerian telah memulakan projek microdrama ini melalui dana khas pada bulan Mac 2025 yang akan ditayangkan di penyiar rasmi kerajaan iaitu RTM sebelum menyerahkan IP kepada syarikat pembekal untuk memasarkan program mereka ke pasaran tempatan dan global. Namun, masih banyak pemain industri yang ragu dan tidak memahami konsep penerbitan microdrama ini.
Kursus “Masterclass : BENGKEL PEMURNIAN IDEA DAN PENERBITAN MICRO DRAMA MENGIKUT GARIS PANDUAN FINAS ini direka khas untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada peserta untuk memahami, merancang, mencipta dan mengoptimumkan idea dan kaedah pekembangan cerita yang menepati pasaran global. Peserta jugak akan didedahkan dengan perkembangan kaedah penerbitan micro drama yang bersesuian diperingkat tempatan dan global.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | pengetahuan asas tentang micro drama dan perbezaannya dengangenre lain |