Carian Kursus

[ BZA0017 ] Kursus Pengurusan Sumber Manusia Baharu "Human Resource Champions" (Modul Pengurusan Gaji, Elaun dan Kemudahan) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Modul Pengurusan gaji, elaun dan kemudahan ini membangunkan Pengurusan Sumber Manusia yang berpengetahuan tinggi, cekap dan berkemahiran dalam bidang tugasnya.

Kursus akan dilaksanakan secara 'blended' training' melalui pelbagai kaedah serta metodologi penyampaian agar ia benar-benar memberi impak yang menyeluruh kepada peserta.

Objektif Kursus
  1. Memberi penerangan mengenai dasar dan pengurusan gaji, elaun dan kemudahan Perkhidmatan Awam supaya Pengurusan Sumber Manusia boleh memberi khidmat nasihat yang tepat kepada pegawai di agensi masing-masing
  2. Memberi kefahaman mengenai prinsip dan syarat pemberian gaji, elaun dan kemudahan Perkhidmatan Awam supaya Pengurusan Sumber Manusia dapat melaksanakan pengurusan dan pemberian gaji, elaun dan kemudahan Perkhidmatan Awam dengan teratur
Syarat Tambahan

Tahniah !!!!!

Surat Tawaran Kursus ini hanya akan diterima oleh peserta yang telah berjaya dipilih.

Peserta sudah sedia maklum kursus ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Platform ,iaitu Google Meet (GM)

Semua peserta dikehendaki memasuki "Group WhatsApp" untuk memudahkan dan melancarkan lagi kursus yang akan dijalankan kelak  

PESERTA YANG TELAH DIPILIH UNTUK MENGHADIRI KURSUS DALAM TALIAN 

1. Tuan/Puan boleh memuat naik sendiri Borang maklum balas kehadiran melalui portal www.dtims.intan.my atau emel kepada zurinah@intansabah.intan.my

sebelum @ pada 13 Mac 2021.

2. Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.

3. Hendaklah log in kepada Google Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus dan hendaklah menggunakan NAMA serta GAMBAR SEBENAR pada profil untuk memudahkan urusan pendaftaran dan kehadiran peserta.

4. Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

5. Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Google Meet.

6. Mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Google Meet.

7. Semua peserta perlu memiliki kemudahan webcam dan audio untuk mengikuti kursus ini. Kursus akan dijalankan secara atas talian 100%.

8. Semua peserta dikehendaki untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga semasa kursus dan tidak menutup webcam sepanjang tempoh kursus berjalan.

9. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/03/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Gaji
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan (Pengurusan Gaji)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Elaun
Hari Ke-2 | 17/03/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kemudahan Cuti (Perintah Am Bab C)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian kes dan Perbincangan Kumpulan (Kemudahan Cuti)
Hari Ke-3 | 18/03/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kemudahan Perubatan (Perintah Am Bab F)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Waktu Bekerja dan Lebih Masa (Perintah Am Bab G)
: Rumusan