Kursus Pengenalan Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan terbuka kepada penjawat awam yang ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan aspek perlindungan harta intelek dan proses pengkomersialan bagi produk fizikal mahpun perkhidmatan. Pengisian kursus ini sangat bersesuaian dengan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif mahupun mereka yang terlibat dengan pertandingan inovasi. Peserta-peserta akan didedahkan dengan aspek teori dan amali berkaitan perlindungan harta intelek serta perkongsian dari pengamal / inventor tentang proses pengkomersialan yang telah di laksanakan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;
1. Tidak perlu datang ke INTAN Jalan Elmu Kuala Lumpur secara bersemuka samada untuk pendaftaran kelas atau asrama. Hanya perlu berada di tempat masing-masing (pejabat/di rumah).
2. Menyertai kursus dalam talian menggunakan aplikasi Zoom pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari berkursus.
3. Perlu memiliki kemudahan komputer dengan kelengkapan webcam (kamera/video) dan audio (bunyi) untuk mengikuti kursus ini.
4. Kursus akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui sesi ceramah dan aktiviti kumpulan (latihan amali).
5. Peserta digalakkan berinteraksi seperti kelas bersemuka dengan mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran – audio & visual atau chat room.
6. Mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat room.
7. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus sekiranya memenuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya 80%.
Nota: Kursus ini tidak dikenakan bayaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Konsep Pengkomersialan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan Kepada Harta Intelek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan Kepada Paten: Pendaftaran dan Proseduar |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Paten Searching: Latihan Amali | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Harta Intelek (Bentuk-bentuk Penjanaan Pendapatan): Kajian Kes dan Aplikasi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pusat Pengembangan Teknologi : Technology Park Malaysia | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Path To Commercialisation (Sesi Perkongsian Pengalaman Pengkomersialan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Lawatan Ke Pusat Pengkomersialan Technology Park Malaysia |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Recall, Review and Reflect on IP and Commercialisation | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Recall, Review and Reflect on IP And Commercialisation |