Kursus ini dirangka bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan penjawat awam dalam pengurusan organisasi dan membantu dalam penyelesaian masalah.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;
4. Tempat penginapan tidak disediakan kepada peserta kursus kerana terdapat kerja-kerja dan proses pengubahsuaian asrama sedang dilaksanakan.
5. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my)
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEMAHAMI MINDA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | CREATIVE TOOL - MIND PROVOCATION |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | CREATIVE TOOL - RANDOM INPUT DAN KELUAR DARI KEBIASAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | CREATIVE TOOL - BRAINSTORMING AND SCAMPER | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | SESI CREATIVE IDEA JAMMING - LATIHAN DALAM KUMPULAN |