Carian Kursus

[ SZA0069 ] KURSUS STRENGTHENING SOFT SKILLS [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus
  • Modul latihan ini dibangunkan untuk mengatasi isu pegawai/ penyelia yang tidak empati, tidak tahu untuk mengurus emosi, tidak berketrampilan dan tidak mengaplikasikan komunikasi berkesan di tempat kerja.
  • Rentetan isu ini, timbul isu pegawai pelaksana di bawah seliaan tidak menghormati ketua atau menghadapi tekanan bekerja. Sehubungan itu, modul latihan ini perlu dibangunkan dan dimantapkan agar pegawai berkaitan dapat membudayakan cara kepimpinan yang seiring dengan peredaran zaman dan mengutamakan kesihatan mental pasukan serta berjaya meningkatkan prestasi.
  • Soft skill ini adalah latihan untuk mengembangkan keterampilan serta kemahiran bukan teknikal seperti komunikasi, kepemimpinan, kerjasama, dan pengurusan mental.
  • Penganjuran kursus/latihan ini mengutamakan dan memfokuskan soft skill kepada semua pegawai pengurusan & profesional atau pegawai yang berperanan sebagai Ketua Jabatan/Bahagian/Unit. Pegawai berkaitan diajar untuk mendalami kemahiran ini dan memperbaiki corak kepimpinan agar ianya selari dengan aspirasi kerajaan.

  • Dengan keutamaan dan pemantapan kemahiran ini, ianya boleh membantu individu meningkatkan aspek interpersonal dan keterampilan dalam menerajui sesuatu jabatan. Kredibiliti seorang penjawat awam dan sebagai seorang pemimpin adalah penting untuk mewujudkan kerja berpasukan yang harmoni serta mengalakkan produktiviti jabatan.

Objektif Kursus
  1. Memperkukuhkan potensi diri dan kemahiran kepimpinan dikalangan pegawai
  2. Membantu meningkatkan kemahiran interaksi individu/pegawai.
  3. Melatih pegawai untuk menguasai kemahiran komunikasi berpengaruh secara penulisan & percakapan.
  4. Membentuk pegawai untuk mempunyai nilai positif dan sentiasa memperbaiki diri serta pasukan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 13/10/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia MADANI
: Ice Breaking dan Interaktif 3s
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rundingan Professional Berkesan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Bergaya dan Berjaya
Hari Ke-2 | 14/10/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Empati vs Simpati
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Membangun Diri dan Kepimpinan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Badan Cergas Otak Sihat
Hari Ke-3 | 15/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kerana Dirimu Begitu Berharga
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Komunikasi Unggul