Carian Kursus

[ JDNAA0012 ] Sesi Libat Urus Garis Panduan Rangka Kerja Jaminan Kualiti Perisian (SQA) Sektor Awam [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Landskap pendigitalan sektor awam yang semakin pesat menuntut pembangunan sistem aplikasi kerajaan yang berkualiti tinggi, selamat, dan berdaya tahan. Walau bagaimanapun, sebelum ini tiada satu rangka kerja khusus yang menyeluruh di peringkat kerajaan bagi menggariskan pendekatan standard berkaitan Jaminan Kualiti Perisian (Software Quality Assurance – SQA) terutamanya dalam aspek pelaksanaan projek pembangunan sistem. Ketiadaan garis panduan yang seragam ini menyebabkan pendekatan jaminan kualiti perisian dilaksanakan secara berbeza antara kementerian dan agensi, bergantung kepada amalan serta keupayaan masing-masing.

 

Seiring dengan usaha Kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus pendigitalan sektor awam serta memastikan sistem aplikasi kerajaan dibangunkan mengikut piawaian yang berkualiti, selamat dan mampan, Jabatan Digital Negara (JDN) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Rangka Kerja Jaminan Kualiti Perisian Sektor Awam. Rangka kerja ini memberi penekanan kepada amalan terbaik jaminan kualiti sepanjang kitar hayat pembangunan sistem, termasuk aspek perancangan, pembangunan, pengujian, pelaksanaan serta pemantauan kualiti perisian. Rangka kerja ini bertujuan menjadi panduan rujukan kepada kementerian dan agensi kerajaan dalam memastikan setiap projek pembangunan sistem dilaksanakan secara lebih tersusun, sistematik serta mematuhi prinsip jaminan kualiti perisian yang ditetapkan.     


Sehubungan itu, satu Sesi Libat Urus Garis Panduan Pelaksanaan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) bersama kementerian dan agensi kerajaan dicadangkan bagi memperkenalkan rangka kerja tersebut, memberi penerangan lanjut berkaitan pelaksanaannya serta mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan. Sesi ini juga bertujuan memastikan pemahaman yang seragam serta menyokong pelaksanaan rangka kerja SQA secara lebih berkesan di seluruh sektor awam. 

Objektif Kursus
  1. Memberi kesedaran berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Jaminan Kualiti Perisian Sektor Awam;
  2. Mendapatkan maklum balas dan pandangan pihak berkepentingan terhadap kandungan serta skop Garis Panduan Pelaksanaan Jaminan Kualiti Perisian Sektor Awam;
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 18/05/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi 1: Taklimat Rangka Kerja Jaminan Kualiti Perisian (Software Quality Assurance - SQA) Sektor Awam dan Self Audit Checklist SQA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi 2: Penerangan Deraf Garis Panduan Rangka Kerja Jaminan Kualiti Perisian (SQA)
: Sesi 3: Perbincangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 4: Sambungan Sesi Perbincangan
: Sesi 5: Pembentangan Kumpulan
: Sesi 6: Rumusan dan Minum Petang