Carian Kursus

[ CAA0096 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN IKAN AIR TAWAR (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus pembiakan ikan air tawar adalah penting kerana ikan merupakan sumber protein yang mendapat permintaan ramai. Bagi pengurangkan penangkapan ikan di sungai, sistem aruhan adalah cara terbaik menghasilkan benih sendiri dan ini dapat memelihara sumber semula jadi. Oleh itu pendedahkan kepada peserta adalah penting kerana peserta merupakan kakitangan jabatan perikanan merupakan tempat para penternak akan mendapatkan informasi mengenai pembenihan dan ternakan ikan air tawar dari jabatan.

Objektif Kursus
  1. Memahami dan mendedahkan peserta kaedah pengurusan pengeraman telur dan kaedah asuhan rega dan benih ikan air tawar
  2. Mengaplikasikan teknik pembiakan terkini ikan air tawar
  3. Mempelajari kaedah pengurusan induk ikan air tawar yang menjadi asas dalam program pembenihan ikan air tawar
  4. Mendedahkan peserta dalam pengurusan pemakanan induk, rega dan benih ikan air tawar dengan teknologi terkini
Syarat Tambahan

Terbuka kepada peserta yang terdiri daripada penternak, pengusaha dan individu yang berminat menceburkan diri dalam akuakultur air tawar

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 04/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Menjaring dan Pemilihan Induk (AMALI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Menjaring dan Pemilihan Induk (AMALI)
: Teknik Pembenihan Ikan Air Tawar (CERAMAH)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik Pembiakan dan Suntikan Hormon (AMALI)
: Kualiti Air (CERAMAH)
Hari Ke-2 | 05/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik Pembiakan Aruhan (AMALI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teknik Pembenihan Tilapia (CERAMAH)
: Teknologi Ternakan Bioflok (CERAMAH)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kesihatan Ikan (CERAMAH)
: Teknik Pembungkusan dan Pengangkutan Ikan (CERAMAH)
Hari Ke-3 | 06/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Makanan Hidup dan Makanan Formulasi (CERAMAH)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sistem Ternakan dan Rekabentuk Sistem Akuakultur (CERAMAH)
: Rancangan Perniagaan dan Ekonomi (CERAMAH)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik Pengurusan Rega (AMALI)