Carian Kursus

[ KEA0023 ] Kursus Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus
  1. YAB Perdana Menteri telah melancarkan gagasan Malaysia MADANI pada 19 Januari 2023 yang menjadi dasar utama bagi Kerajaan.
  2. Kursus ini dilaksanakan adalah untuk menyebarluaskan kefahaman berkenaan gagasan Malaysia MADANI kepada seluruh penjawat awam.
Objektif Kursus
  1. Menerangkan enam (6) nilai teras Malaysia MADANI dengan betul.
  2. Menjelaskan tiga (3) teras strategik dan empat (4) pemboleh daya ubah strategik Malaysia MADANI dengan betul.
  3. Mengaplikasikan enam (6) nilai teras Malaysia MADANI dalam menyelesaikan kajian kes Bitara Malaysia MADANI yang akan diberikan semasa kursus.
Syarat Tambahan

Kursus Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam Siri 1 Tahun 2023 ini akan dijalankan secara BERSEMUKA di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS). Penginapan juga akan disediakan kepada peserta yang memerlukan (tertakluk kepada jumlah bilik yang sedia ada).

1- Peserta digalakkan membawa komputer riba semasa menjalani kursus ini.

2 - Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.

3 - Peserta dikehendaki berpakaian seperti kod etika pemakaian penjawat awam sewaktu berkursus.

4 - Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.

5 - Peserta diminta menyediakan yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30.00. Resit penerimaan bayaran akan disediakan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 11/09/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep Membangun Malaysia MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Nilai Teras: keMampanan
: Nilai Teras: kesejAhteraan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai Teras: Daya cipta
: Nilai Teras: hormAt
Hari Ke-2 | 12/09/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai Teras: keyakiNan
: Nilai Teras: Ihsan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Manhaj Membangun Malaysia MADANI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes Bitara Malaysia MADANI