Carian Kursus

[ EEA0085 ] KHIDMAT PENGEMBANGAN MELALUI APLIKASI TikTok [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Khidmat Pengembangan Melalui Aplikasi Tiktok akan diadakan secara dalam talian pada 28 Mei 2024 hingga 30 Mei 2024 selama 3 hari dianjurkan oleh PLPP Wilayah Selatan. 

Melalui kursus ini, peserta akan lebih memahami tentang kaedah dan teknik penggunaan aplikasi Tiktok dalam pengembangan pertanian yang mana peserta dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan seterusnya menarik audiens untuk melihat content yang dibuat.

 

Objektif Kursus
  1. Peserta akan memahami Teknik dan Kaedah untuk menyampaikan maklumat pertanian melalui aplikasi Tiktok
  2. Membina keyakinan diri Kakitangan Jabatan Pertanian berhadapan dengan kamera dalam menyampaikan maklumat
  3. Memberikan asas menulis, merakam dan membuat suntingan terus daripada aplikasi suntingan mudah untuk kegunaan pelaporan segera.
  4. Memudahkan pembangunan banyak kandungan dalam tempoh yang singkat bagi membina bank kandungan promosi dan pengembangan pertanian.
Syarat Tambahan

Kursus ini adalah terbuka kepada Kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia.

Peserta dikehendaki mengikut peraturan berkursus secara dalam talian.

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TOPIK 1: Pengenalan Aplikasi Tiktok
: TOPIK 2: Memantapkan Pengurusan Akaun
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TOPIK 3: Persediaan Sebagai Seorang Content Creator
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TOPIK 4: Pengurusan dan Perancangan Konten
: TOPIK 5: Algoritma Tiktok
Hari Ke-2 | 29/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TOPIK 6: Tips Video Trendy
: TOPIK 7: Tips Live di TikTok
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TOPIK 8: Asas Suntingan Video
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TOPIK 9: Teknik Upload di media sosial
Hari Ke-3 | 30/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TOPIK 10: Dari Notification kepada engagement