Carian Kursus

[ CCA0056 ] Kursus Peranan Penyelia dalam Pengurusan Tatatertib [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Anjuran PLPP Wilayah Utara

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta tentang jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan yang boleh diambil tindakan tatatertib serta jenis hukuman di bawah Peraturan- Peraturan Pegawai Awam, (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
  2. Meningkatkan kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab seorang Pegawai Penyelia / Ketua Jabatan mengenai tugas kawalan dan pengawasan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993).
  3. Meningkatkan kemahiran pengurusan tatatertib oleh pegawai menurut prosedur, peraturan dan pekeliling yang berkaitan supaya tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya dapat diuruskan dengan baik.
  4. Menanamkan sifat bertanggungjawab dan kepatuhan terhadap prosedur, peraturan dan pekeliling dalam menguruskan proses tindakan tatatertib.
Syarat Tambahan

Terbuka Kepada Kakitangan Jabatan Pertanian Sahaja

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/03/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Kepada Pengurusan Tatatertib dan Tanggungjawab Penyelia/ Ketua Jabatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Tatatertib Biasa, Prosedur Tidak Hadir Bertugas Dapat Dikesan dan Prosedur Tidak Hadir Bertugas Tidak Dapat Dikesan
Hari Ke-2 | 06/03/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perintah Tahan Kerja, Gantung Kerja, Kes Sabitan Jenayah & Prosedur Perintah Tahanan, Prosedur Rayuan dan Prosedur Surcaj
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Hukuman Tatatertib dan Implikasi Tindakan Tatatertib Terhadap Perkhidmatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penamatan Perkhidmatan (PDKA) dan Dasar Pemisah (Exit Policy) Penamatan Perkhidmatan (PDKA), Perletakan Jawatan dan Dasar Pemisah (Exit Policy)