Kursus ini dilaksanakan bagi melatih penjawat awam agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan mesyuarat berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2018.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan disediakan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur;
Sejumlah RM30.00 yuran pendaftaran kursus hendaklah dibayar sebelum hari pertama kursus melalui Portal DTIMS. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Taklimat Kursus & Taklimat Madani | |
| : | Panduan Pengurusan Mesyuarat Kerajaan | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Tadbir Urus Mesyuarat | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penyediaan Dokumen Mesyuarat |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Latih Amal 1: Penyediaan Dokumen Mesyuarat | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembentangan Latih Amal 1: Penyediaan Dokumen Mesyuarat | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penulisan Minit Mesyuarat |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Latih Amal 2: Penulisan Minit Mesyuarat | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembentangan Latih Amal 2: Penulisan Minit Mesyuarat | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penyediaan Laporan Maklum Balas |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Latih Amal 3: Penyediaan Laporan Maklumbalas | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembentangan Latih Amal 3: Penyediaan Laporan Maklumbalas Keputusan Mesyuarat | |
| : | Rumusan dan Penilaian Kursus |